Wednesday, May 17, 2006

Polemik Hang Tuah

Oleh Yusri Abdul Malek
yusrimalek@hmetro.com.my

BENARKAH Hang Tuah dan Kesultanan Melayu Melaka wujud atau mitos semata-mata?

Dalam buku sejarah dan filem diuar-uarkan kehebatannya tetapi jika pahlawan ini benar-benar wujud di mana buktinya?

Ini persoalan besar yang ditimbulkan ramai pengkaji sejarah tempatan sama ada di kalangan rakyat biasa atau tokoh akademik sedangkan bukti nyata atau fizikal tidak menyokong kemegahan zaman kesultanan yang diceritakan dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah.

Di Melaka saja, yang menjadi lokasi zaman kegemilangan Sultan Melaka pada kurun ke-13 dan 14, tiada satu kubur atau makam sultan yang memerintah Melaka wujud begitu juga dengan beberapa pembesar atau orang kenamaan lain yang terkenal.

Begitu juga ketiadaan monumen lain seperti tapak asal istana sultan dan barangan kebesarannya yang penting sebagai bukti sejarah.

Apa yang ada di Melaka hanya peninggalan sejarah penjajah Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun sedangkan tinggalan sejarah kesultanan Melayu Melaka boleh dikatakan tiada langsung.

Mungkin itu yang ruginya kerana masyarakat Melayu tidak gemar mendokumentasi bahan sejarah yang ada menyebabkan apabila runtuh sesuatu kerajaan atau ditakluk negara lain, sejarah yang ada terus berkubur begitu sahaja.

Perdebatan mengenai persoalan timbul semula apabila baru-baru ini, akhbar ini menyiarkan dakwaan seorang lelaki warga Singapura, Ismail Mohamed Yaacob yang menyatakan dia adalah generasi ke-12 keturunan Hang Tuah, iaitu laksamana terbilang pada zaman kegemilangan Sultan Melaka.

Beliau hadir dengan bukti termasuk naskhah Hikayat Hang Tuah dan dua gelang bertatah batu petir yang kononnya digunakan moyangnya itu.

Malah, dia yang secara bersendirian mengkaji sejarah nenek moyangnya itu sedia berdebat dengan mana-mana pihak yang mempersoalkan kewujudan Hang Tuah.

Katanya, dia tiada kepentingan apa-apa dengan mengaku sebagai cucu Hang Tuah tetapi hanya sekadar untuk menunjukkan Hang Tuah memang wujud dan bukan cerita mitos Melayu.

Tokoh sejarah, Profesor Emeritus Datuk Khoo Kay Kim pula berpendapat walaupun ada Hikayat Hang Tuah yang boleh dirujuk tetapi naskhah itu tidak dianggap ‘historiografi’ yang tepat kerana digarap dalam pelbagai versi yang sukar ditentukan versi mana yang dijadikan rujukan tepat kepada pengkaji sejarah.

Menurutnya, sudah banyak kajian dibuat mengenai Hang Tuah dan sejarah kesultanan Melayu Melaka oleh tokoh akademik dan sejarah tetapi kebanyakan kajian itu tidak pernah menemui bukti tepat serta sahih.

“Dalam dokumen China juga tidak mencatat nama Hang Tuah sebaliknya hanya Laksamana,” katanya.

Sehingga kini, Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) masih membisu sama ada akan menjalankan kajian berdasarkan bukti terbaru dikemukakan Ismail atau tidak dengan alasan tidak memiliki kepakaran sedangkan ia penting sebagai sejarah bangsa Melayu Melaka.

Seorang pengkaji sejarah tempatan, Kamaruzzaman Ali, dari Padang Temu, Melaka melalui suratnya menyatakan fikirannya semakin bercelaru sejak kemunculan Ismail yang mendakwa cucu Hang Tuah.

Katanya, sebagai peminat sejarah Kesultanan Melayu Melaka, dia telah lama membuat kajian sendiri tetapi malangnya kesan yang boleh dibanggakan bahawa kerajaan Melayu Melaka seperti yang digambarkan kehebatannya seolah-olah seperti kisah dongeng zaman dahulu kala.

Ini disebabkan sehingga kini belum dapat dibuktikan empayar kerajaan Melayu Melaka ini benar-benar wujud megah di bumi Melaka kira-kira 600 tahun lalu.

“Jika benar, kenapa pengkaji sejarah masih gagal menjejak tapak terakhir istana sultan Melaka terakhir atau lain-lain bekas istana sultan, senjata, kubur, keluarga diraja yang jumlahnya ramai.

“Daripada kajian saya, hanya dua kubur diraja Melaka yang dapat saya temui iaitu makam Sultan Alaudin Riayat Shah II di masjid Kampung Raja Pegoh, Muar dan Sultan Mahmud Shah (sultan Melaka terakhir) di Palalawan Kabupaten Kerinchi, Riau, Indonesia serta Puteri Tun Teja (permaisuri Sultan Mahmud Shah) di Pulau Samak, Merlimau,” katanya.

Kamaruzzaman berkata, antara kubur pembesar istana yang dijejakinya ialah Bendahara Tun Tepok yang dikebumikan di Kampung Bendahara tepi Sungai Segamat, Johor serta Bendahara Paduka Raja dalam kawasan Sekolah Kebangsaan Melaka Pindah di Alor Gajah.

“Hanya itu yang dapat ditemui sedangkan dalam sejarah begitu hebat sekali sultan, pembesar dan pahlawannya. Jika mereka mati tentu dikebumikan di tempat terpilih dan agak tinggi tempatnya kerana mereka dianggap berkedudukan tetapi mana semua itu? Adalah tidak logik ia dimusnahkan penjajah ketika menjajah negeri ini.

“Takkan kubur itu musnah semua sekali sedangkan kubur askar biasa orang Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun yang hanya sekejap memerintah Melaka boleh dikesan hingga hari ini,” katanya.

Tujuan mendedahkan bukan mencari publisiti tetapi ingin menarik perhatian Perzim untuk menjalankan kajian terperinci.

Tiada guna muzium hanya memaparkan artifek yang tiada kaitan dengan institusi kesultanan Melayu Melaka.

Sebaliknya artifek yang ada hanya mengesahkan Melaka pernah dijajah.
Perzim perlu mencari kebenaran sejarah ini bagi mengelak generasi akan datang menjadi semakin keliru.

©The New Straits Times Press (M) Berhad

26 Comments:

Blogger pert87 said...

adakah artikel kamu ini menyalahkan masyarakat melayu melaka yang menjadi kemegahan kami rakyat melaka? adakah kamu berlandaskan mana-mana bukti yang mampu kamu huraikan bahawa PERZIM tidak menjalankan kajian serta penyelidikannya? benarlah kamu tidak berfikir dengan sewajarnya. hari ini kami megah dengan apa yang kami ada di Melaka dengan prasejarahnya. walupun Melaka kini lebih kepada bukti hasil penjajahan Negara luar seperti Portugis, Belanda, dan British, ianya tidak memberi makna tiadanya Kesultanan Melayu Melaka dan lagendanya. Jika pendapat dari negara Cina dan Eropah ada menceritakan mengenai kepahlawanan Hang Tuah, malahan sejarah juga mencatatakan cerita yang sedemikian hebatnya, mengapa kita di tanah melayu sendiri tidak meyakininya. tidak mustahil sebuah negara yang kehilangan pentadbir (sultan) lenyap segala bukti sejarahnya untuk tempoh beratus tahun Melaka di jajah. jika kita lihat Istana, perpustakaan Islam, Masjid dan sebagainya di bina hanya dengan menggunakan kayu-kayan. tidak mustahil peperangan yang melanda telah memusnahkan segalanya. Belanda turut melumpuhkan melaka dengan mengebom hasil-hasil bumi Melaka serta pertanian sewaktu kedatangan British. walaupun ianya dapat di selesaikan melalui perjanjian namun sejarah telah membuktikan British telah mengeluarkan sejumlah wang yang besar untuk memulihkan melaka. kedatangan Jepun melalui pengeboman juga memungkinkan lenyapnya kesultanan melayu melaka secara seluruhya. PERKIM tidak seharusnya dipersalahkan sekiranya terdapat banyak aspek kekurangan di dalam kesultanan melayu melaka. untuk sesebuah negara yang ditadbir oleh penjajah tanpa pemantauan atau penempatan pentadbir (sultan) maka tidak mustahil ianya lenyap dari menjadi agenda bukti pada hari ini. terdapat banyak aspek yang membuktikan kebenaran sesuatu prasejarah itu. namun segalanya di melaka masih terus diselidiki dan buah mulut ataupun kata-kata pengkaji sejarah menjadi tempat sandaran utama bagi kesahihan Kesultanan Melayu Melaka.

6/19/2009 11:31 AM  
Blogger Razarq said...

Saya tidak menyatakan Hang Tuah itu tidak wujud. Apa yang saya inginkan adalah bukti kewujudannya. Cuba saudara pert87 jika saudara didalam situasi perbincangan, satu soalan ditanya kepada saudara. Sejauh mana kebenran Hang Tuah. Apakah jawapan yang mahu anda berikan? Tidakkah saudara merasa malu? Bila orang bertanya tentang Laksamana Cheng Ho atau Khalifah Rasyidin yang sejarahnya lebih tua dari Hang Tuah mempunyai bukti bukti yang kukuh.

Tujuan artikel ini bukan utk memperlekehkan melayu. Ia sebenarnya utk menyedarkan melayu supaya berusaha membuktikan kebenaran.

Cuba anda ke blog ini, terdapat juga bukti kewujudan Hang Tuah. Tapi agak berbeza dengan apa yang kita dengar bulat bulat dari hikayat Hang Tuah dan Sulalatus Salatin. dan sememangnya amat berbeza dengan Hang Tuah P.Ramlee dan Hang Tuah M Nasir.
Sejarah Nagara Kedah"

Akhir kata beriman kepada Allah juga perlu dibuktikan oleh akal. Jangan nanti jika ditanya kenapa kita beriman kepada Allah, jwpn yang kita berikan.."percaya sebab ibu bapa saya percaya Allah, Ustaz saya percaya kepada Allah".

Wallahualam.

6/19/2009 4:16 PM  
Blogger pert87 said...

This comment has been removed by the author.

6/22/2009 1:48 PM  
Blogger pert87 said...

assalammualaikumwarahmatullahi....
jika wujud pertanyaan bertanyakan tentang keimanan kita kepada allah s.w.t. janganlah di jawab sedemikian bunyinya. kelihatan jahil dan tidak berilmu jawapanya. nauzubillahiminzalik. huraikan kepadanya adakah saudara percaya angin itu ada? di manakah angin itu? dapatkah saudara melihat angin? cukup untuk menghuraikan kepercayaan kita kepada allah s.w.t. berbalik kepada perbincangan kita mengenai hang tuah dan kesultanaan melayu melaka. saya kira hang tuah lebih dikenali berbanding tokoh-tokoh prasejarah kita seperti Dato Bahaman, dolsaid, Tok Janggut, Mat Salleh, hinggakan dia ini di filemkan berikutan keperibadiannya yang begitu di kagumi. itulah ciri-ciri ketokohan hang tuah. namun sejauh manakah penilaian yang sejarawan terdahulu kita menilai tokoh-tokoh selain hang tuah. adakah melalui bukti dari segi pakaian mereka, DNA mereka, rumah mereka atau apa sahaja. semuanya kerana cerita buah mulut sahaja. kita lihat mereka ini timbul pada zaman pendatang asing bertapak di tanah melayu. di mana boleh saya perkatakan mereka ini pernah di bawah pentadbiran Penjajah tetapi bersultan, yang mana pengikutnya menumpah taat setia bersama sultan. wujudnya sultan, ada pengikutnya dan adalah buktinya hingglah ke hari ini. tetapi sebaliknya di melaka. sultan berperang tewas, melarikan diri dan kebanyakan pengikutnya terbunuh. di manakah bukti untuk kita pertahankan untuk pengetahuan rakyat hari ini. di negeri lain terdapatnya perjanjian antara sultan dan penjajah di mana ianya mempertahankan hak-hak orang melayu tetapi di melaka tiada. adalah sabit di akal kita seorang manusia berpendapat telah lenyap kebanyakan aspek kegemilangan melayu melaka serta tokoh-tokohnya. untuk sebidang tanah yang di penuhi pokok hutan boleh lapang dan rata hanya dalam tempoh sebulan, inikan pula melaka sebuah negeri yang kecil, penempatan instusi sultan yang saya kira hanya sekangkang kera lenyap dari menjadi bukti dengan apa yang telah berlaku melalui peperangan dan pralihan kuasa mutlak. tiada siapa yang menjadi batu penghalang dari penjajah membuat perubahan ke atas melaka mahupun memusnahkan segala khazanah milik kesultanan melaka. PERZIM tidak harus dipersalahkan. hingga ke hari ini adakah saudara ketahui sejauh mana usaha PERZIM untuk mencari kebenaran semua ini. jika hari ini saya perkatakan tapak istana sultan adalah bangunan merah stdhus adakah saudara percya? tidak mungkin PERZIM memusnahkan bangunan merah itu dan menggali untuk mendapatkan bukti perkara yang tidak kita ketahui statusnya. bukankah sejarah mnerima pakai sejarah dari segi aspek bersuara. meskipun ia lemah dan tidak boleh di terima sebulat-bulatnya namun hang tuah di kenali oleh pelbagai golongan masyarakat melebihi tokoh-tokoh yang sahih kewujudannya. oleh kerana hang tuah tidak diketahui keperibadian keseluruhanya dan bukti-buktinya maka beliau hanya di gelar lagenda dan bukan seorang tokoh di dalam penulisan sejarah. seperti pepatah "meskipun tiada angin, tak mungkin pokok kan bergoyang". jika ada sanjungan dan bentuk penceritaannya maka wujudlah sebuah cerita. dan ia bergantung kepada hak individu samada mempercayainya atau mempertikaikannya.

6/22/2009 2:33 PM  
Anonymous Anonymous said...

Wong Fei Hong adalah orang melayu bukannya cina dan nama melayunya "Awang Long" atau nama lainnya "Si Pekan", kemudian dia mencukurkan rambutnya menjadi botak dan membuat tocang, sesetengah orang yang mengatakan Wong Fei Hong dari china adalah salah, sama juga seperti orang mengatakan Hang Tuah adalah orang cina yang berpakaian melayu bercakap melayu, keterangan ini haruslah diterangkan, "Wong Fei Hong" adalah "Awang Long" yang berlayar ke Tanah Cina, dan mengajar ilmu persilatan dan ilmu kebatinan..Harap Maklum

10/13/2009 10:22 AM  
Anonymous Anonymous said...

hant tuah itu wujud. percayalah, anda perlukan kajian yang lebih mendalam.barangkali teori sahaja tidak mencukupi!!!

3/29/2010 12:26 PM  
Anonymous Anonymous said...

bg sy,biarlah sama ada hang tuah itu wujud atau tidak.yg pastinya kita ni sbgai generasi baru di tanah air kita ambillah iktibar daripada sejarah itu..tanamkan sifat cinta akan negara kita sedalam dalamnya kerana itulah dapat mngelakkan negara kita dripada djjh kmbali..igtlah saudara2 sekalian,musuh kita mkn hmpr dgn kita..mereka akan serang kita ketika kita dalam keadaan tidak bersatu dan lemah..wlauapepon,ingatlah,Takkan Melayu Hilang Di Dunia.....

12/16/2010 1:42 AM  
Anonymous Anonymous said...

assalamualaikum....

1)sy ade trbace ade hikayat yg mmnggil hang tuah sbg Waliullah Datuk Laksamana Hang Tuah...

2)kalo btoi la hang tuah x wujud...dr mne plak hang tuah blajar seni silat...dan sape plak yg mngasaskn silat bunga yg popular di negeri melaka dan johor...

3)jgn jadi mcm Abdullah Munsyi...citer kburukan org melayu tp x ape2...sbbnye dia bkn brasal dr bangsa melayu...tp kacukan dr arab-india...

wallahualam...

12/20/2010 12:30 AM  
Anonymous Anonymous said...

wong fei hong adalah cina muslim dan seorang yang kuat beribadat... kerajaan china sengaja tak memaparkan kisah sebenar beliau kerana beliau seorang muslim...
-noor-

2/07/2011 10:48 PM  
Anonymous Anonymous said...

wong fei hong itu cina. bukti Foto pun ader bangang!. Hang Tuah tu sedikit bukti pun tarak. Mayat dalam makam hang tuah DNA Cina.

Kalo takleh terima sudahlah...Ada hero melayu lain cam Mat Kilau atau Tok Janggut boleh dijadikan idola.

1/17/2012 3:21 PM  
Anonymous panglima Hitam said...

Wong Fei Hong memang org cina .Jangan kita emosi dlm membahaskan isu sebaliknya ia merupakan cabang ilmu untuk diterokai.Hang Tuah bebangsa Melayu atau cina? blh buat kajian untuk PHD paper. Saya yakin sejarah akan berulang dari segi konsep tapi dalam dimensi yang berbeza.sebab itu sejarah amat penting untuk dicatatkan secara tepat untuk pengajaran kepada generasi yang akan datang.

6/28/2012 7:37 PM  
Anonymous Anonymous said...

Ckp banyak jaa libih... Kalu brani buat laa kajian smpai betul2 terbukti hang tuah tu orang cina.... Kaji jugak peralatan yg dia gunakan... Kaji mak bapak dia.... Kaji kawan2 dia... Pendek cerita kaji laa semua skali... Pastu buat pembentangan terbuka kat area muzium melaka siap dgn promosi utk seluruh rakyat melaka serta dunia PERSILATAN... Kalu stakat dna kaa hipothesis kaa, memang keparan orang2 yg nk menjatuhkan martabat org2 melayu... Termasuk laa org melayu campur atau org melayu yg dengki/iri hati dgn sejarah melayu melaka...

UNTUK PERMULAAN NI, KORANG KAJI JE DULU BETUL KE TIDAK CERITA PASAL POKOK MELAKA, KANCIL DAN ANJING!!!

1/15/2013 12:29 AM  
Anonymous Anonymous said...

Pert87...u ni org perzim ke..bria ia...ada plak cite luncai kaduk pandir...so cuba fikir...lau la org tya siapa 3 makhluk ni..wujud kh mna asalnya..crita mreka ni pn di buku kn di hikayat kn..awk pcya mreka ni wujud? Klau ya mna asalnya..kuburnya..kturunan nya...betul la razaq tu ckp...awk yg emosi..mlebih lebih...stiap bnda ada sbb..ada bukti..sdang zman nabi lg ada hadis nk di rujuk..tempt..makam..pnmpatan....puiiii....ckp guna hati..akal simpan dlm muzium

10/21/2013 7:15 PM  
Anonymous Anonymous said...

Pert87 byk sgt u turn...merapu jer...jgn nk pertikai kn org klau tk tau haram apa pn...ludah muka ko lelama nk...org mcm ko ni..mmg ptt aku layan kn cmni...puiii!!!!!....berbelit je sembang...sapa nk salah kn sapa ntah yg dia citer....ko simpan la crita ko kt muzium tu.....nk marah aku...ko bc lh blik apa yg ko taip...sakai pn tk mcm ko..jakun pn tknk ikut ko...

10/21/2013 7:25 PM  
Anonymous Anonymous said...

Bukan mudah jadi hang tuah..

11/22/2014 9:40 AM  
Anonymous Anonymous said...

Salam dulu saya pun tak caya ujudnya hang tuah.. selama 10 tahun saya berkelana berpuluh ribu duit habis...baru sikit2 nampak kebenaran certanya... tak payah kajilah hang tuah klu belum cukup mendalami ilmu islam ..kerana islam menolak sifat riak.. takbur.. ujub dan sebagainya... allah lindungi mertabat ugamanya ..untuk ujian kepada manusia...jadi untuk apa hang tuah dikaji memainkan faktur utama dalam sesuatu analisa. Makanisma fizikal dan saintifik boleh digunakan setelah syarat2 wajib aliran itu dipenuhi..dna ..salasilah keturunan juga belum tentu boleh digunakan bagi bukti keujudan hang tuah. Jadi kajilah dari sudut islamic dahulu baru akan jumpa ...insyaallah ..jumpa cucu cicit..mereka serta bukti2 fizikal ..allah amat mengetahui ...kebenaran... apa muslihat panglima masyur ini.

11/22/2014 10:22 AM  
Blogger Admin said...

Assalamualaikum...setuju sgt2 dgn kata2 diatas "kaji dr sudut islamic dulu baru akan jumpa jawapannya". Kalau tak pandai jgn pula memandai2.

1/03/2015 9:32 PM  
Anonymous Anonymous said...

Hang Tuah = ang too ah
Hang Jebat = ang jee bat
Hang Lekiu = ang lew kew
Hang Lekir = ang lee irr
Hang Kasturi = ?

Minta tuan tanah huraikan masalah nama hang kasturi dalam cina..Belum lagi nama ayah hang tuah iaitu Hang Mahmud...Mungkin ketrunan kamu cina maka suka menyatakkan hang tuah itu semua cina la..
Mungkin kajian anda selalu mengaitkan nama orang melayu dulu agak terbahasa pada bahasa cina..tetapi ketahuilah nama asal orang melayu ini sudah pupus digantikan bersandar kepada nama arab atau islam.. cuba perhatikan nama mat salleh tetap mengunakan nama asal mereka contohnya Tiger Woods.. Terjemahlkan harimau kayu..begitulah orang zaman dahulu menggunakan nama berdasarkan sesuatu kebanggaan dan idol atau sesuaut yang membawa tuah..

wallahualam..

10/11/2015 12:44 AM  
Blogger raden said...

Tny org yg ad isi, atau kamu sndri mncari isi..

1/28/2016 7:54 AM  
Anonymous Anonymous said...

Org suruh cari fakta.hampa dok gaduh pasai apa..tpi npa silat melayu x leh lawan meriam pertugis?jaguh kampung betoi,sama sendiri bukan main..dgn org luar kecut telor

2/16/2016 11:47 PM  
Blogger achot man said...

Oklah kalau Hang Tuah tu z wujud,mana datangnya Hang Jbat,Hang Lekir,Hang Lekiu dan Hang Kasturi tu?

6/02/2016 3:01 PM  
Blogger achot man said...

Oklah kalau Hang Tuah tu z wujud,mana datangnya Hang Jbat,Hang Lekir,Hang Lekiu dan Hang Kasturi tu?

6/02/2016 3:01 PM  
Blogger Unknown said...

hang tuah bukan org melayu...
dan bumi ini bukannya bulat.....
fact....

12/14/2016 3:16 PM  
Blogger Unknown said...

hang tuah bukan org melayu...
dan bumi ini bukannya bulat.....
fact....

12/14/2016 3:16 PM  
Blogger Unknown said...

hang tuah bukan org melayu...
dan bumi ini bukannya bulat.....
fact....

12/14/2016 3:16 PM  
Anonymous Anonymous said...

Bukti DNA dari Michigan, USA tu hoax..direka-reka oleh bangsa cina yg nak merampas ketuanan Melayu sejak dulu dlm pelbagai cara dan front. Makmal yg dimaksudkan itu tidak ujud dan...DNA dari manakah yg dimaksudkan..mungkin dari jirat cina..

3/07/2017 6:08 PM  

Post a Comment

<< Home