Wednesday, May 17, 2006

Mencari Ikon Wira Melayu Bagi Generasi Muda 2020

Artikel oleh : Isa Nikmat
(http://www.pemudaumno.org.my/modules.php?name=News&file=article&sid=5403)

Pada zaman anak muda bergaya dengan telefon bimbit, agaknya siapa wira legenda mereka. Ada juga yang secara berjenaka menjawab : ‘kawan yang selalu tolong bayar kad prabayar’. Ada yang sebut nama bekas pemimpin negara. Ada yang menyatakan nama pejuang kemerdekaan dan beberapa lagi.

Memang sukar mencari mereka yang menjawab spontan: ‘wira legenda saya ialah Hang Tuah’. Kalau diingatkan pun tidak ramai yang mengingati kata-kata hikmat ‘Tak Melayu hilang di dunia.’

Selepas filem Puteri Gunung Ledang atau disebut PGL, tidak banyak membantu menjentik memori mereka mengenai sejarah kepahlawanan Melayu.

Apabila diajak berbincang, ramai anak muda sekarang kata ‘buat apa nak kenang Hang Tuah?’ Dalam PGL, jelas menunjukkan Hang Tuah bukan pahlawan. Apa jenis panglima yang boleh hanyut dalam bercinta? Apa hal pula dia lupa tugas utama yang diperintah Sultan?

Memalukan Melayu, malah memang agaknya sengaja nak kata pendekar Melayu memang lupa tugasnya dan tak boleh diharap. Suruh meminang dia pula jatuh cinta, kecewa dan mengkhianati raja. Dia pula nak bercinta, bergaul, berkahwin dan hidup dengan Puteri Gunung Ledang.
Puteri yang kononnya dari negara lain pula lebih hebat. Hinanya Sultan Melayu dan paling hina adalah Hang Tuah.

Ringkasnya, kata anak muda sekarang: "Hang Tuah mesti dilupakan!" Sanggupkah kita yang berketurunan Melayu dan berusaha meninggikan martabat Melayu berhadapan dengan perbincangan seumpama ini?

Belalah Hang Tuah, berhujah mengenai buku dan kesahihan naskhah Sejarah Melayu. Remaja zaman ini dengan mudah meragui riwayat oleh Tun Seri Lanang. Malah mereka bertanya betulkah Tun Sri Lanang wujud.

Dah ada pun orang tua Melayu yang berani menganggap Hang Tuah mitos. Demikian kelirunya kawan antara kisah mitos yang diselit dalam sejarah dan riwayat hidup tamadun Melayu dulu.
Namun, di depan kita ialah tahun 2020 dan era selepasnya. Misi Nasional yang kita gariskan adalah untuk membina tamadun baru. Pada saat itu, memang lebih ramai malas hendak membaca buku Sejarah Melayu yang menggunakan bahasa lama dan sukar difahami anak cucu.
Paling mudah mereka tonton saja PGL. Kesimpulannya lebih ramai akan mencemuh Hang Tuah dan tidak percaya cerita Melayu dulu. Sapa nak percaya cerita macam itu?

Lupakanlah Hang Tuah! Apabila Misi Nasional terlaksana dengan berkesan sepanjang 14 tahun ini dan ketika Malaysia menjadi negara maju pada 2020, mungkin muncul wira Melayu dan pahlawan Malaysia.

Mudah-mudahan barisan tokoh kemerdekaan dan Perdana Menteri tidak terpadam daripada memori hanya kerana kreativiti, kebebasan karya dan penulis.

Hari ini, untuk mempertahankan simbol dan identiti Melayu pun sukar difahami ramai, termasuk juga yang bijak pandai. Dalam kata yang ringkas, hujah yang pendek, fakta yang tidak berjela-jela mungkin sukar anak Melayu nak faham.

Apa lagi pada zaman orang suka percaya cakap orang, percaya dengan cerita yang belum tentu tepat. Datanglah ke Parlimen dan saksikan sendiri apa erti mempertahankan martabat Melayu.
Mungkin cakapnya ringkas, tetapi matlamatnya jelas, pertahankan asas dan jati diri Melayu walaupun sekadar identiti dan budaya warisan Melayu.

6 Comments:

Anonymous Anonymous said...

adakah Hang Tuah itu sebenarnya adalah anak seorang Raja yang memerintah... Sultan Mansor Shah mempunyai ramai isteri tidak mustahil hang tuah adalah seorang putera raja...yang disembunyikan oleh fakta sejarah.. tidak mustahil juga hang tuah merupakan rebutan antara dua kerajaan waktu itu... kenapa sejarah peperangan saudara di Melaka di lupuskan... kenapa tidak ada yang mahu mengambilkira dan mengkaji kesahihan bahawa Melaka pernah mempunyai Raja Perempuan yg terakhir dari keturunan PGL ini.. kenapa kalau dikaitkan dengan PGL.. rakyat negeri Melaka akan sedia mengaitkan dengan kerabat Kerajaan Melaka.. tetapi bukan dari keturunan Sultan Mahmood... kenapa kita tak teruskan pencarian mencari kerabat Sultan Alauddin Riayat Shah yang pertama.. baginda adalah seorang yang suka menyamar dan sangat alim.. cirinya sama dengan Hang Tuah.. Dongeng nih sama dengan lagenda King arthur Pandragon..

4/06/2014 10:00 PM  
Anonymous Anonymous said...

Cerita PGL yang difilemkan itu sangat menyimpang dari cerita sebenar... PGL bercinta dengan Hang Tuah adalah fitnah yang besar... mereka tidak tahu siapa sebenarnya Hang Tuah dan hubungannya dengan PGL....semangat PGL ada di dalam semua jasad anak cucu cicit beliau...

4/06/2014 10:10 PM  
Blogger asri hakim said...

pening yang mna betul ni..aq ada dgr yang hang kt nama hang tuah tuh brsal dri Pahang..sbb org Pahang kan memanggil org lain dgn glran hang..p aq xthu r btul kew x..sjrah ni kna kaji btul2..mngkin sjrah mlyu da d'rsakkn oleh pngkji dri brat..spew yg thu..agpun arkib2 asal mlyu pom mna ada kt mlysia..smua kt ngra barat..xmsthil la smua tuh blh d'ubah..

8/20/2014 11:14 PM  
Blogger Rostam said...

hmm... tak kan melayu hilang didunia..di sebalik kehandalan laksamana melayu.. perasan kah anda.. siapa yg mencipta keris? dan pelengkap kpd laksamana melayu.. siapa itu Sunan Kalijaga?serta Pateh Gajah Mada?

3/30/2015 7:21 AM  
Blogger Unknown said...

Di Sebalik Dialog Pendekar Bujang Lapok
Kupasan dari cerita Pendekar Bujang Lapok



Situasi: Selepas bgaduh, ketiga2 bujang lapok dptlah ke seberang sungai, mereka ingin mencari Wak Mustar, guru silat yang telah mambelasah barua/kroni pengusaha penambang tadi termasuklah tuan punya penambang tersebut yang dicampakkan ke dalam laut
(**ini menunjukkan kalau org melayu bersatu kita akan dapat menumbangkan apa saja halangan di hadapan kita) .

Selepas mundar-mandir mencari Wak Mustar maka ketiga2 bujang lapok tadi sampailah ke sekolah buta huruf. Antara dialog yang diucapkan oleh mereka bertiga adalah.


Ramlee : Eh! Sudin, ni macam mana baca...??
Sudin : Alif, Min, Nun, Wau...
Alif tendang Wau...
SARKIS daa...

Ajis : Eh! Tulis sikit punya panjang bacanya pendek saja..SARKIS..

Sudin : Yang panjang tu cuma bunganya saja..
Yang pendek tulah bunyinya SARKIS..

Ajis : Eh! Apa da SARKIS...Ini kan sekolah...

Ramlee : Iya da...

Sudin : Sekolah kepala hotak kau...Sekolah untuk budak-budak..
Ini orang2 tua kerepot...
Malam2 mereka belajar dengan rimau...
Kau tak nampak tu macam kandang.



Cuba anda amat-amati & perhatikan, dapat tak maksud tersirat yang cuba disampaikan di situ..?
Ok. Saya bagi tahulah...

Masa Ramlee tanya kat Sudin,
Ramlee : Eh! Sudin, ni macam mana baca... ??
Sudin : Alif, Min, Nun, Wau...
Alif tendang Wau...
SARKIS daa...

Anda tahu apa maksudnya?
P.Ramlee pernah beritahu pada seorang wartawan hiburan pada waktu itu, nama wartawan itu adalah Abdullah Hussin ( bukan Abdullah Badawi ye..) tentang maksud yang tersirat disebalik dialog tersebut..

Alif, Mim, Nun, Wau adalah huruf2 jawi.
Kalau dieja bunyinya UMNO..

Alif tendang Wau maknanya :
Alif itu Akal dan Wau itu Ugama
kalau Akal tendang / tolak Ugama maka akan jadi SARKIS..

Jadi maknanya kalau di dalam UMNO, akal pemimpin dan ahli UMNO menolak Ugama maka mereka akan jadi seperti haiwan SARKIS!

2/08/2016 1:51 AM  
Blogger Hisyam Yunus said...

Di Sebalik Dialog Pendekar Bujang Lapok
Kupasan dari cerita Pendekar Bujang Lapok



Situasi: Selepas bgaduh, ketiga2 bujang lapok dptlah ke seberang sungai, mereka ingin mencari Wak Mustar, guru silat yang telah mambelasah barua/kroni pengusaha penambang tadi termasuklah tuan punya penambang tersebut yang dicampakkan ke dalam laut
(**ini menunjukkan kalau org melayu bersatu kita akan dapat menumbangkan apa saja halangan di hadapan kita) .

Selepas mundar-mandir mencari Wak Mustar maka ketiga2 bujang lapok tadi sampailah ke sekolah buta huruf. Antara dialog yang diucapkan oleh mereka bertiga adalah.


Ramlee : Eh! Sudin, ni macam mana baca...??
Sudin : Alif, Min, Nun, Wau...
Alif tendang Wau...
SARKIS daa...

Ajis : Eh! Tulis sikit punya panjang bacanya pendek saja..SARKIS..

Sudin : Yang panjang tu cuma bunganya saja..
Yang pendek tulah bunyinya SARKIS..

Ajis : Eh! Apa da SARKIS...Ini kan sekolah...

Ramlee : Iya da...

Sudin : Sekolah kepala hotak kau...Sekolah untuk budak-budak..
Ini orang2 tua kerepot...
Malam2 mereka belajar dengan rimau...
Kau tak nampak tu macam kandang.



Cuba anda amat-amati & perhatikan, dapat tak maksud tersirat yang cuba disampaikan di situ..?
Ok. Saya bagi tahulah...

Masa Ramlee tanya kat Sudin,
Ramlee : Eh! Sudin, ni macam mana baca... ??
Sudin : Alif, Min, Nun, Wau...
Alif tendang Wau...
SARKIS daa...

Anda tahu apa maksudnya?
P.Ramlee pernah beritahu pada seorang wartawan hiburan pada waktu itu, nama wartawan itu adalah Abdullah Hussin ( bukan Abdullah Badawi ye..) tentang maksud yang tersirat disebalik dialog tersebut..

Alif, Mim, Nun, Wau adalah huruf2 jawi.
Kalau dieja bunyinya UMNO..

Alif tendang Wau maknanya :
Alif itu Akal dan Wau itu Ugama
kalau Akal tendang / tolak Ugama maka akan jadi SARKIS..

Jadi maknanya kalau di dalam UMNO, akal pemimpin dan ahli UMNO menolak Ugama maka mereka akan jadi seperti haiwan SARKIS!

2/08/2016 1:54 AM  

Post a Comment

<< Home