Tuesday, May 16, 2006

Buktikan kewujudan Hang Tuah

Dari kecil lagi kita telah mengenali nama "Hang Tuah", seorang laksamana yang hebat di Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Namun kita semua patut sedar, kewujudan wira yang sering kita banggakan itu masih samar. Tiada bukti yang dapat dipaparkan untuk menyokong kisah-kisah dan hikayat yang ditulis. Aku sebagai seorang yang berbangsa melayu amat dahagakan bukti kewujudan wira bangsaku.

Setiap kali aku menonton "Discovery Channel" tentang sejarah sejarah bangsa lain, aku pasti terkenangkan "Hang Tuah" yang semakin hari semakin hilang. Ini kerana waris waris bangsa sekarang semakin bijak menilai sesuatu kisah. Adalah sukar menerima sesuatu yang tidak dapat dibuktikan. Tidak adakah badan badan khas yang ditaja kerajaan secara khusus mencari dan menjejak pahlawan kita yang hilang? Bukankah "Tak melayu hilang di dunia" adalah kata yang dipetik oleh Hang Tuah? Bagaimana bangsa melayu dapat menerima motivasi ini sedangkan orang yang melaungkannya tidak pernah wujud.

Di sini aku menyeru kepada sesiapa yang mempunyai sebarang petunjuk atau pendapat tentang kewujudan "Hang Tuah" untuk menyumbang artikel,pendapat dan idea anda di sini agar satu hari nanti Hang Tuah tidak hanya sebagai satu lagenda hebat malah sebagai Sejarah Kehebatan Bangsa Melayu.

"Takkan Melayu hilang di dunia" - Hang Tuah

68 Comments:

Blogger fattah said...

bile kita bicara tntg sejarah kita tidak boleh lari dari asalusul, kisah & p'juangan. jadi mengape hari ini masih ramai yg membisu dlm mengkaji kebenaran sejarh adelah kerana faktor diatas. sy punyai bukti yg kukuh tntg sjarh sebenar.

12/06/2010 12:28 PM  
Blogger mohd said...

xkan hang tuah asal cina kot??kalau mcm tu...xdelah silat kt tanah melayu skrg....baik hang tuah ajar kungfu je........pening kepala duk pk hal sejarah...xde bukti kukuh....

3/25/2011 3:20 PM  
Blogger Strept Akiera said...

benar2 wujud ke hang tuah? sejarah tentangnya sangat sedikit. peninggalannya lgsung x de.. stkt perigi yg sesiapa pon boleh gali. juga beberapa barang yg x tahu kebenarannya. jika benar dia satria melayu, knp x de sejarah lengkap?
yg mnjadi 1 tnda tny lagi, kenapa kisah saudara berlima tu terhenti setakat peristiwa pergaduhan jebat dan tuah? x adil rasanya bg 3 lagi saudaranya yg turut sama dilebel pewira..

4/04/2011 6:33 PM  
Blogger hang Jerbat said...

tak kan melayu hilang di dunia..

4/14/2011 8:54 PM  
Anonymous Anonymous said...

betul ke hang tuah wujud

5/12/2011 4:02 PM  
Blogger D.A.M.N said...

btul ke hang tuah dri china.dongeng la smuani...

5/14/2011 8:27 PM  
Blogger babyamz said...

sy sangat2 berharap penulis dpt mencari lagi maklumat tentang kewujudtan HANG TUAH dan rakan-rakannya.. dan tlg up date blog ini sekiranya ade maklumat terbaru..tq.. takkan melayu hilang didunia..

5/22/2012 4:57 AM  
Blogger zas@islam.blogspot.com said...

Persoalan. Bagaimana pula dengan seorang bernama Hang Nadim. Adakah dia keturunan cina juga. Nama tidak juga mencerminkan dia itu melayu atau tak semasa zaman dahulu. Cuba kaji balik.

9/11/2012 2:16 PM  
Anonymous Anonymous said...

Sejarah ditulis oleh mereka yg menang.... Walaupun empayar melaka tumpas kepada penjajah, sejarah tetap segar dibibir rakyat jelata... Kalau dna dlm makam hang tuah adlh cina skali pun, itu bukan satu ukuran utk buktikan 100% hang tuah adlh cina... Dari mana datangnya sejarah hang tuah? Kenapa xde seorang pun kaum cina or pranakan menyatakan bahawa memang hang tuah berasal dr negara china? Kalu dna yg diaorang dok kaji tu keluar result yahudi, agaknyer org2 yg duk membuak2 dlm hati depa nak kutuk hang tuah bukan org melayu, akan angguk2lah kepala2 mereka tanda setuju....

1/15/2013 12:54 AM  
Anonymous Anonymous said...

saya terpangil untuk memberi komen mengenai kesah hang tuah berserta 5 bersaudar,memang tiada bukti yang kukuh menata kan keujudan hang tuah tetapi hang jebat yang derhaka mungkin mempunyai bukti yang kukuh kerana ia mumpunyai makam dan begitu juga hang kasturi yang mempunyai makam yang tak lah jauh dengan makam hang jebat.saya nak bawa semua yang meminat kesah sejarah HANG TUAH DAN JEBAT .cuba kita sama2 kembali ke sejarah hang tuah dan kesultanan melaka pada era zaman hang tuah.apa kah benar tuah ni ujud? mungkinia hanya mitus saja kerana nak menutup kezaliman sultan pada ketika itu.maka di ada kan HANG TUAH .atas nama saja semata2 nak menutup kehebatan HANG JBAT yang derhaka pada sultan.kita sama2 lah lihat apa kah benar hang tuah pergi meminang putri gunung ledang.dan mengapa putri gunung mengena kan syarat yang tak munasabah dik akal manusia.seperti, air pinang muda 7 tempayan,air mata 7 tempayan ,hati nyamuk 7 dulang,hati kuman 7 dulang,jambatan emas dan jambatan perak dari gunung ledang ke kota melaka dan hanya semangkuk darah saja.cuba kita fikir secara logik akal,bolih kahkita sedia kan kesemua syarat2 seperti hati kuman ,sedang kan para saintis sekarang pun tak mampu nak ada kan hati kuman walau sesudu termasuk hati nyamuk.air mata ?cuba kita menangis lama2 ada kah air mata akan keluar debgan banyak nya? ini kan pula 1 gelas?begitu jga air pinang muda, mana ada pinang yang muda ada mengeluar kan air. bagaimana pula jambatan emas dan perak? sedang kan raja2 dulu perlukan kekayaan emas dan perak ini kan pula nak buat jambatan yang sangat panjang.semua syarat tu boleh di ada kan olih sultan sedang kan DARAH hanya semangkuk tak boleh di ada kan,ada kah ia benar2 masuk di akal.hari ini darah kita boleh ada kan semangkuk hanya dengan menderma kan hanyak 1 pain saja dah di kira semangkuk dan tak membawa apa2 mudarat pun bagi diri kita,tetapi sultan tak boleh ada kan sedang kan putri gunung ledang hanya nak darah yang tak lah di kra semangkuk besar tetapi hanya sebagai syarat saja kira nya di ada mangkuk yang kecil saja.maka itu lah timbul hang tuah semata2 nak menutup segala bentuk kezaliaman sultan .di ada kan HANG TUAH sebagai orang yang amat taat setia pada sultan bagi menutup riwayat hang jebat yang benar2 derhaka menentang kezaliman sultan .apa bila hang jebat mengamuk di istana tiada siapa yang berani menentang jebat kerana kehebatan jebat yang memiliki keris taming sari.dan kemungkinan hang kasturi di amanah kan untuk membunuh hang jebat.dan buka hang tuah seperti di cerita kan dalam kiayat hang tuah.cuba kita fikir kan kalau dah ramai2 orang yang berlawan dengan jebat seorang apa kah jebat akan menang dalam pertarungan bagi mempertahan kan diri? sudah tetentu tidak, bagi mendapat kan keris taming sari pada hang jebat tak lah sesusah mana kalau kasturi boleh menguna kan akal bagi menadapat kan nya sebagai mana yang di cerita kan hang tuah mendapat kan nya.apa bila jebat keluar dari istana dan terus mengamuk di luar istana sudah pasti ramai hulubalang melaka melawan dengan jebat yang mana akhir nya jebat akan tertewas juga .dengan ini kita dapat satu kesimpulan bahawa hang tua tak ujud tetapi demi menutup ka segala kezaliman sultan maka di ada kan HANG TUAH setelah jebat mati maka timbul lah siapa yang bunuh jebat.jawap nya senang je ,sesiapa yang berjaya membunuh jebat ia di anggap "bertuah" maka nama tuah di ada kan sedang kan tuah tak ada pada kehidupan sebenar nya.ia hanya ujut pada nama tapi tak ujud pada reality sebenar...........

2/10/2013 2:28 PM  
Anonymous hamba allah said...

saya percaya hang tuah wujud dan ada rahsia di sebaliknya.ada orang yang sangat rapat dengan hang tuah di melaka sekarang.saya tahu asal usul hang tuah.tetapi orang itu tidak benarkan saya memberitahunya
.hang tuah sebenarnya masih hidup .

3/17/2013 10:23 AM  
Anonymous Anonymous said...

As salam....pada saya tak payahlah nak pikir nak dapatkan fakta....betulkan bangsa melayu ni dulu (kini) terutama meningkatkan tabiat menulis, menyimpan dan seumpamanya. Fakta membuktikan tak ramai orang melayu suka menulis. Jumlah graduan yang buat PHD pon tak bleh lawan negara lain. Orang melayu ni suka berbual dari mulut kemulut sahaja (spt kisah hang tuah ni la)...tgk mak-mak kat umah ajar anak memasak pakai mulut tak pernah tulis mana2 buku (kalu ada pon tak ramai yang buat). Sejarah kita pon banyak yang disimpan oleh orang putih. So, contohi mat salleh...diaorang sukan menulis dan menyimpan (sampai sejarah orang pon dia nak simpan). Pada aku sama ada betul ke tak betul ke tak penting...tak mengubah apa2...Cuma kisah Hang Tuah ni bleh dijadikan tauladan e.g. persahabatan, kesetiaan, dll. (takyah nak kait gan bangsa cina plak...haaaa Hang tuah - kisah orang cina lagi kelakau...dari mana ntah dapat fakta tu)

4/19/2013 4:20 PM  
Blogger ayoi shubidoobengbeng said...

Asslammualaikum...saya setuju dengan saudara yg bernama "hamba allah"....kemungkinan hang tuah itu wujud dan masih lagi hidup memang ada kerana
Kita sebagai bangsa Melayu seharusnya bangga dengan kehebatan pahlwan Melayu silam kita,ini tidak...hero hero barat lagi diagung agungkan oleh orang Melayu kita....itulah masalahnye segelintir bangsa kita ni,lebih pecaya kewujudan hero hero barat berbnding hero bangsanya sendiri yang pernah dipandang tinggi oleh org barat satu ketika yang lampau...tapi sebab segelintir bangsa Melayu kita yang mendewa dewa kan sangat hero hero barat ni menyebabkan kewujudan hang tuah dipertikaikan sendiri oleh bangsanya sehingga sekarang...sedangkan hero hero barat yg entah wujud atau tidak lebih lagi dibangga banggakan sehingga lupa asal usul dan kehebatan bangsanya sendri...itulah yg menyebabkan segelintir bangsa Mealyu lupa akan kata keramat "hero yang dipertikaikan oleh bangsanya sendiri" iaitu "takkan Melayu hilang didunia"...itulah kata moyang kita Datuk Laksamana Hang Tuah...

6/24/2013 12:03 PM  
Anonymous Pakngahzan said...

Kewujudan Hang Tuah 5 Bersaudara itu memang masih belum dapat dibuktikan lagi . Kenapakah cerita tentang mereka itu di hikayatkan ? Itu yg penting utk kita fikirkan . Apa tujuannya ? Kenapa dikarang sedemikian rupa ? Apa hasrat yg hendak disampaikan oleh penulis hikayat itu ? Dsbnya

9/03/2013 5:55 PM  
Anonymous Anonymous said...

Sapa kata yg tuah hidup...lau hidup tuah ni kategori mna....sedang kn rasullullah wafat dan bermakam...khurafat la citer tuah hidup lg...jgn syirik sudah

10/21/2013 6:48 PM  
Blogger Batman Progress said...

mari kita beramai-ramai pergi ke Gunung ledang dan bertanya kepada Puteri Gunung Ledang akan hal yang sebenar.

11/21/2013 10:16 AM  
Anonymous Anonymous said...

hang tuah cina?
hahahha bengong ...
semua baca hikayakat betapa setia hang tuah pada sultan..mana ada cina yg setia?

11/21/2013 8:12 PM  
Blogger Mohd Ridzuan said...

sejarah hang tuah...org yg handal adalah org yg licik di tambah pula ilmu persilatan nya yg tinggi bukan mudah untuk di rungkai persemabunyian nya...salam seharum kasturi al fatiha sbgai pengganti arwahi hang tuah...

12/02/2013 7:35 PM  
Blogger Mohd Ridzuan said...

sejarah hang tuah...org yg handal adalah org yg licik di tambah pula ilmu persilatan nya yg tinggi bukan mudah untuk di rungkai persemabunyian nya...salam seharum kasturi al fatiha sbgai pengganti arwahi hang tuah...

12/02/2013 7:36 PM  
Anonymous Anonymous said...

5 bersaudara dari kecil sehingga dewasa..mereka bagaikan adik beradik sedarah..pahlawan melaka yang terbilang dalam ilmu persilatan..disegani di nusantara..sanggupkah hang tuah membunuh adik saudaranya hang jebat yang hang tuah kenali sejak dari kecil..??selepas itu kenapa hang tuah tiba2 menghilangkan diri selepas peristiwa berdarah...?betapa sukarnya seorang pahlwan terbilang nak lakukan pembunuhan terhadap adiknya sendiri walaupun sudah diperintahkan ..betapa menyesalnya hang jebat kerana menuruti kehendaknya..sehingga lupa apa yang dia janji di masa lalu..maka kecewa lah adik bradik seguru kasturi,lekir dan lekiu melihat persaudaraan yg slama ni kukuh..tiba2 hancur macam tu saja..kalau lau lah kisah 5 beradik ni x wujud...x mungkin ade kisah pahlawan terbilang ni...

12/05/2013 3:02 AM  
Anonymous Anonymous said...

buktinye?

12/12/2013 2:12 PM  
Blogger nabil faizat said...

Saya percaya mereka wujud .. Allah sengaja rahsiaKan tetang mereka pada kita supaya kita sentiasa mengingati mereka dan bertanyakan tentang mereka .. Biar Allah sahaja yang tahu

12/20/2013 6:48 PM  
Anonymous amin sky said...

Kat mana pun kalian nak cari Hang Tuah, jangan sesekali kamu cari hang Tuah di Melaka, coz Hang Tuah dah menharam kan kaki nya pijak bumi Melaka, itu semua dgn attitude orang melaka yg Ego, penting kan diri sendiri yang paling ketara adalah kedekut, kalau dah kedekut ia nya akan menrangkul segala tabiat yang tak baik, Tapi ingat lah dalam setangkai pisang tak semua nya busuk, tapi kebanyak kan nya busuk, untuk pengetahuan umum, ini adalah cerita benar, sebab saya yang alami nya, pada mula nya keluarga saya menlarang saya untuk kawin orang Melaka, sebab perkawinan pertama saya di sebab kan mak mentua saya orang Melaka dan dia lah yg jadi dalang perceraian kami, saya ingat orang Melaka skrg dah Modern dan dah berfikir secara modern, tapi dugaan saya salah sam sekali, They are the worst orang melayu dlm Malaysia... so sesiapa yang nak mekawini orang Melaka kena lah check dan double check, coz they pun so hippo type....

2/23/2014 10:00 AM  
Anonymous Anonymous said...

sejarah melaka yg patut kita kaji dahulu.kita kaji secara ilmiah .kita plotkan penempatan penduduk semasa hang tuah kepadatan penduduk.kuburan mereka.dokumen atau sebarang jurnal di majapahit di portugal atau di china.kita kumpulkan artifek kesultanan melaka .jenis fabrik pakaian atau sepatu.senjata atau meriam berapa banyak.barulah kita bincang kalau firaun dgn piramid bleh kita fikir juga .nabi muhammad saw di ceritakan dlm alquran dan hadis .serta keadaan kaabah serta perkuburan baqi. pedang baginda salasilah drpd keturunan baginda .segalanya menjurus kepada kebenaran dan kehadiran baginda.sepatutnya hang tuah di kaji dlm konteks yg sama.

2/26/2014 1:07 AM  
Anonymous Anonymous said...

kenapa Hang Tuah menjadi rebutan antara Indonesia dan Malaysia.. adakah Hang Tuah ini anak seorang Pemerintah Melaka yang disembunyikan di Klang dan di kepulauan Majapahit semasa kecil... Raja Melaka banyak isteri... maka tidak mustahil Hang Tuah adalah salah seorang dari putera beliau berketurunan Majapahit... lihat sahaja semasa beliau ke Majapahit... dia dianugerahkan Tamingsari.. mudah dan sangat dikagumi oleh Bentara... almaklumlah cucunya... masuk akal tak..Majapahit sangat susah nak memuji2 org Melaka..pernah tak kita tahu bahawa semasa pemerintahan sultan Alauddin 1, dia dibenci oleh rakyat Melaka kerana ibunya dari keturunan Majapahit.. dia memerintah beberapa tahun dan dihalau ke hutan.. ada yang mengatakan dia diracun..

4/06/2014 10:17 PM  
Anonymous Anonymous said...

saya berpendapat bahawa Hang Tuah adalah Sultan Alauddin dan dialah juga Raden Patah... PGL pertama adalah bondanya dari keturunan puteri Majapahit dan PGL kedua adalah adik perempuannya yng pernah digilakan oleh Si Sultan Mahmood..

saya pernah terbaca bahawa Sultan Aluddin pernah berkahwin dengan anak seorang sunan Ampel.. kebetulan pulak dengan Raden Patah (makna Patah dalam bahasa arab ialah bangkit semula)... sila rujuk kepada babad tanah jawa..
ianya macam berkaitan... lihat sahaja kenapa pulak Raden Patah dan menantu, ipar dan anak2 saudara mereka bersungguh2 memerangi Portugis.. dan kenapa Portugis tidak berani mengusik mereka yg berpengkalan di Pulau Besar.. ada cerita dari mulut2 kemulut sejak zaman berzaman.. ada yg dibukukan tetapi malangnya Belanda sudah menghapuskan keseluruhan skrip dan bukti...mereka berbuat begitu agar kerabat2 di raja ini hilang sokongan....

4/06/2014 10:28 PM  
Anonymous Anonymous said...

bullshit nye blog...

5/11/2014 8:03 AM  
Anonymous Anonymous said...

kalau hang tuah cina dia tak cakap TA' dia cakap "TALAK"

5/11/2014 8:06 AM  
Anonymous Anonymous said...

Adakah tun sri lanang iaitu penulis sejarah melayu dan hikayat hang tuah adalah hang tuah..sbb slps kjatuhan kerajaan melaka hang tuah trus tidak tercatat dlm perjalanan sultan mahmud ke muar sdgkn beliau pd masa itu merupakan laksamana yg mengetuai perang melaka dan portugis tetapi muncul pula nama tun sri lanang d slps kjatuhan melaka..tu pendapat sy sbb sy tbaca buku sejarah anak sy tingkatan 1.

5/28/2014 8:58 PM  
Blogger hantu toyol said...

HAng tuah memang berasal dari cina dan belajar silat apabila dia tiba dimelaka.... hang tuah sebenarnya 4 saudara datang ke melak setelah ibubapa mereka dibunuh... mereka belajar silat dngan adi putra.... mankala hang kasturi ialah orang melaka diberi nama hang kerana dia rapat dngan 4 saudara itu

5/31/2014 2:04 PM  
Anonymous Anonymous said...

Mgkin ko kot hang tuah nya..sbb ko punya fakta ni ibarat ko ada dlm situasi zaman kegemilangan melayu melaka..pikir la skit..org dlu bnyk khiasan nya..klu dia xnk terima seseorg, dikhiasnya mcm2 permintaan x msuk akal..Tuah Wujud..tinggal lagi zaman kegemilangan melayu melaka terbina atas binaan kayu kayan n kertas yg mudah musnah, berbanding zaman romania yg binaannya batu n surat2nya dari kulit kmbing..jdi sejarah mna yg lebih jelas?..romania la kn?..kira ckup la dtuk nenek kita bwk ayat 'xkn melayu hilang didunia" pada kita.

6/01/2014 9:18 AM  
Anonymous Anonymous said...

Smua ini POYOOOO...hang tuah mn wujud...kubur pn xdk...ia hnya mitosss.kubur jebat pn xdk.apa lah korang

6/18/2014 5:50 PM  
Anonymous Anonymous said...

Hanya mitos semata-mata dan tak logik nak mengatakan Hang Tauh masih hidup.Mana mungkin manusia blh hidup dari zaman kesultanan melayu Melaka?sdgkan Rasullullah pun hny 63thn.Hikayat Hang Tuah tak dpt dibuktikan.Padahal sejarah yg jauh lebih tua pun ada bukti penulisan dan tinggalan.Yg penting kita ambil moral yg baik dr hikayat Hang Tuah ni.Setiakawan dan kepahlawanan Bangsa Melayu.

8/03/2014 6:08 AM  
Anonymous Anonymous said...

abes yg hang lekir,hang lekiu nk campak mane??

9/08/2014 5:09 AM  
Anonymous Anonymous said...

dgn izin Allah tiada apa yg mustahil..

9/08/2014 5:11 AM  
Anonymous Anonymous said...

org melake hati kaudu..bnyk saka

9/08/2014 5:12 AM  
Anonymous Anonymous said...

ya..klu Nabi Khidir aq percaya sebab ia msih hidup..di alam ghaib...

9/08/2014 5:14 AM  
Blogger Hunter Wise said...

Pd pendapat saya..Hang Tuah dan bersaudara ni berkemungkinan besar wujud didlm sejarah. Cumanya hal terperinci berkaitan salasilah dan kisah2nya bercampur baur dan banyak versi. Bagi sy ianya tidaklah begitu misterius jika kita lihat dan faham peranan dan tugas2 Hang Tuah dan saudara2nya itu untuk istana. Pd pendapat saya, Hang Tuah & Bro. ni adalah sekumpulan professional yg menjalankan tugas2 khas utk sultan melaka. Mereka ini diibaratkan spt komando (command and do) pd zaman mereka. Maka tidak mustahillah nama yg mereka gunakan hanyalah nama gelaran..'Hang' adlh nama gelaran sbb apabila Tuah dilantik sbg Laksamana Melaka beliau dipanggil Tun Tuah (disesetengah versi)..pokoknya gelaran 'Tun' itu tertulis, walaupun ada yg tetap memanggil Laksamana Hang Tuah dlm versi yg lain membuktikan itu adalah nama gelaran atau panggilan didlm istana. Selain nama, salasilah dan waris keturunan mereka juga dirahsiakan. Adlh lebih baik dirahsiakan bg menjamin keselamatan keluarga dan keturunan masing2 memandangkan jenis pekerjaan yg mereka lakukan spt menculik, sabotaj, membunuh dan pelbagai lagi 'dirty-job' dilakukan atas perintah sultan. Perlu diingat Melaka ketika itu bersaing dgn port2 lain di rantau ini dan melaka juga besar jajahannya maka soal keselamatan amat dititik beratkan tambahan hal2 yg melibatkan perintah sultan melaka yg rakus. Hang Tuah & Brothers pd pandangan sy juga bukanlah spt yg kita lihat dlm filem PGL dimana dia kepasar dgn berpakaian segak kehulu kehilir dipekan. Sy berpendapat beliau hanya menonjolkan diri bila perlu..misalnya keistana..atau ketika operasi ketenteraan bersama2 tentera melaka..maka yg mungkin kenal rupa parasnya sekalipun adlh dikalangan org2 istana shj..itupun tidak semua..dan hanya pd waktu2 tertentu shj..tidak bersosial dgn pak menteri lain..berkemungkinan juga Hang Tuah tidak tinggal di ibu kota..mungkin di luar kota, di wilayah jajahan yg lain..jauh dari istana..hidup sbg org lain dlm penyamaran..Lagi pendapat sy yg Hang Tuah n Brothers ini special trup sultan melaka, ialah tahap ketaatan mereka kpd sultan dan tahap setiakawan yg tinggi..kod2 ini hanya ada pd tentera atau lebih hebat lagi komando..dan jika benar Hang Tuah membunuh saudaranya ini adlh perkara atau tugasan biasa kpd sorg komando pd rakan yg khianat kpd pemerintah tertinggi..begitu jg bila gagal melaksanakan tugas mereka ada kod2 tersendiri, spt Tuah memecat dirinya sendiri dlm cerita pinangan PGL bila dia gagal..juga kebolehan Jebat, merampas istana juga membuktikan ketinggian ilmu ketenteraan yg ada pd Jebat..bagaimana dia menghasut dayang2 dan pengawal2 istana serta merangka strategi merampas istana..kebolehan ini belum tentu ada pd mana2 panglima sekalipun..hanya yg benar2 hardcore shj yg boleh lakukan..Conclusionnya..Hang Tuah and saudara2nya ni spt antara wujud dan tidak..antara nampak dan tidak..tugas mereka mengekang diri mereka menonjol di khalayak Umum dan hal2 mereka direkodkan..masyarakat Umum pun pd ketika itu tahu menahu dr cerita2 yg bocor keluar dr istana shj..sampailah ketika Jebat mengamuk..istana dirampas..bertambah2lah pokpek2 org kampung..sapa hangtuah? Sapa jebat? Mengapa dibunuh saudaranya tu?..bermulah versi yg bermacam2..yg sebetulnya Hang Tuah x kisah dia hilang dr sejarah..sbb dia dan saudaranya hanya hidup utk berbakti pd sultan melaka..sbb mereka ini komando melayu..

9/12/2014 8:36 PM  
Anonymous Anonymous said...

Kaki kencing...nabi pn wafat...xkn hang tuah tak mati.. Keparat betoi

9/17/2014 12:41 AM  
Anonymous Anonymous said...

Dengan saya ada Hang Tuah. Pahlawan terbilang. Ada saper2 yang mau bertanya kabaran darinya?

9/25/2014 5:15 PM  
Anonymous Anonymous said...

Hang Tuah ghaiblah dek...

9/25/2014 5:19 PM  
Anonymous Anonymous said...

Apa khabar hang tuah....boleh berkenalan...

10/14/2014 11:12 AM  
Anonymous Anonymous said...

1) smasa sy student sorg pensyara btau yg ada prof dpd jepun btau yg beliau trcatat dlm salah satu manuskrip lama jepun sbg org yg tlah menyelamatkn kapal dagang jepun dpd lanun2 sumatera smasa kapal jepun melintasi selat melaka.
2) sblm wujud kjaan melaka. Hampir kesemua kepulauan melayu dijajah oleh melayu champa yg mg mahir dlm peperangan dan pelayaran. Jajahan mrk meluas sehingga ke sumatera kecuali suku pulau jawa. Maka nama Hang atau Heng atau Hun Sen (presiden cambodia) adalah nama asal melayu champa. Pengkalan Chepa sbenarnya ada pengkalan Champa. Byk lg kesan2 jajahan nama tempat dan nama org pd zaman itu.

12/11/2014 9:32 AM  
Anonymous Anonymous said...

Prof naquib al attas dlm satu seminar pd tahun 1991 ada bkata bhw byk manuskrip melayu yg dlm bentuk sejarah dan ubat2 dan kaedah mbuat meriam dan senjata telah dcuri oleh portugis kemudian belanda dan inggeris. Apa yg mbuat prof naquib sebak ialah mrk simpan manuskrip ini ddlm gereja dan librari yg blainan. Bliau dpt tahu dpd shbt barat yg jg tak suka dgn larangan prof utk mkaji bahan2 sejarah ini. Prof naquib kata org barat tahu bhw semangat jati diri serta keyakinan ttg kebolehan sesuatu bangsa akan mekar jika mrk tahu pencapaian silam mrk. Sbb tu slps kejatuhan melaka tiada catatan sejarah dan ketamdunan slps kejatuhan melaka sehingga merdeka. Buku sejarah sekolah dulu pulak dikarang oleh sorg ahli akademik india. Sudah semestinya hanya sejarah ttg kegemilangan bangsa lain diketengahkan. Pengorbanan org2 melayu yg telah byk menumpahkan darah utk mempertahankan tanah air ini dan memajukan tanah ini tidak di glorify kan oleh mrk. Inilah kesan2 manipulasi sejarah yg dbuat oleh penjajah dan ahli sejarah tempatan yg tak amanah. Akibatnya melayu tidak ada rasa bangga dia dilahirkan sbg melayu. Penjajah sudah tahu kesan nya skrg walopun mrk dah buat ratusan tahun yg lalu.

12/11/2014 9:46 AM  
Anonymous Anonymous said...

blogger ni cuba mengelirukan fakta. Ada ka hang tuah orang cina. pembohong punya blogger. nak mengelirudan mengubah fakta

12/18/2014 11:12 AM  
Anonymous Anonymous said...

sekadar menukar nama hang tuah kepada hang too ah, hsang jebat jadi hang jhee bat , hang lekir jadi hang lee ker dan lekiu jadi hang lee kiew tak menunjukkan mereka ni orang cina. apa fasal nak ubah sejarah. inilah penyakit orang melayu yang menidakkan kebolehan bangsa sendiri.bagaimana dengan hang kebun pun boleh tukar jadi hang khee boon, hang sayur jadi hang saa yor, hang kambing jadi hang kham beng. tak setuju aku dengan pendapat blogger hang tuah orang cina

12/18/2014 11:27 AM  
Anonymous Anonymous said...

1- kalau Hang Tuah wujud ape buktinyer?
2- kalau Hang Tuah xwujud ape buktinyer?
itu saja yang saya nak tahu.....
Kalau dia wujud...maka bangsa Melayu bukan
sekadar bangsa biasa....
Kalau dia xwujud...maka bangsa Melayu ialah bangsa yang lemah dan tiada apa2....
walau apepon....SAYA BANGGA BERBANGSA MELAYU DAN SAYA YAKIN SUATU HARI NANTI BANGSA MELAYU AKAN NAIK....BIAR BANGSA2 LAIN TAHU YANG BANGSA MELAYU NI BUKAN BANGSA YANG BOLEH DIPIJAK SESUKA HATI...akan ade lagenda baru suatu hari nanti...
from me - Mohd Haikal Affan

1/05/2015 4:36 AM  
Anonymous Anonymous said...

salam kita memerlukan paranormal
seperti jin yang hidup zaman melaka...jin kan berumur ratusan tahun..mungkin kita perlukan orang yang mampu mencari jin di kawan istana melaka...cadangan sja...

2/24/2015 1:35 AM  
Anonymous Anonymous said...

Sejarah tidak semestinya dalam bentuk benda fizikal.

MH 370 tak dijumpai
Oh tak ada bukti sejarah.
Macam gitu ke?

4/16/2015 10:23 PM  
Blogger eros asmara said...

Nampak bebeno budak bebal ni gi ceduk dan tampal cerita ni dariblog orang lain. Inilah perangai budak2 zaman teknologi konon,tapi tak belajar Sejarah,Sains dan Geografi di sekolah.Nak membaca buku punyalah malas,asyik belek telefon pintar dan layari sesawang.Hang Tuah dikatakan Cina, walhal orang putih portugis zaman 1511 siap tulis catatan diari yang kagum dengan Laksamana Melayu bernama Hag Tuah.Nampaknya Hang Tuah dah jadi Hang Buah macam kata Puteh Ramlee.Hei budak Melayu bodoh, pergilah perpustakaan, cari dan baca buku tulisan Tun Sri Lanang dan Catatan Munsyi Abdullah - Melayu tu tau

7/22/2015 3:54 AM  
Blogger eros asmara said...

This comment has been removed by the author.

7/22/2015 3:56 AM  
Anonymous Anonymous said...

tuan,

hang tuah itu,adalah nama gelarannya dinegeri melaka.dia ada nama sebenar.dia berasal dari negeri lain dalam tanah melayu.dia berketurunan melayu dari keluarga istana pagar ruyung.waris keturunannya (cucu cicitnya ramai pada zaman ini tetapi ,tiada seorangpun dari kalangan cucu cicitnya mengenal moyangnya "hang tuah" itu).

cari lah nama sebenarnya dulu elok-elok. isterinya pun orang melayu dalam tanah melayu dan mengunakan nama gelaran di negeri melaka,nama sebenarnya pun lain.

anak-anak nya pun guna nama gelaran dinegeri melaka. cucu cicitnya hang tuah kena cari dan susun waris keturunan mereka. selamat mencari dan menyusun...inshaallah.

7/28/2015 7:08 PM  
Anonymous Anonymous said...

tuan,

beberapa persoalan yang perlukan jawapan,

al fatihah itu apa?

alif laam miim itu apa?

ayat 2 hingga 5 surah al baqarah itu apa?

ayat kursi itu apa?

perkataan al baqarah itu maksud kepada apa?

apabila hendak mencari siapa hang tuah, dalam lima soalan itulah adanya jawapan berkaitan hang tuah.

9/17/2015 11:44 PM  
Anonymous Anonymous said...

Hang Tuah Dan rakan itu ujud tapi bukan melayu ini pandangan peribadi Saya. Cerita mereka tak boleh dimasukkan ke dalam sejarah sekolah tapi hanya boleh di dalam hikayat kerana mereka bukan melayu. Dlm hikayat hang Tuah ada nama Tun Perak, Tun fatimah Dan Tun mamat. Nama nama ini pon ada dalam sejarah sekolah tentang empayar melaka tapi hang Tuah Dan rakan tiada. Pd pandangan sy orang yg membuat sejarah melaka itu tahu yg hang Tuah Dan rakan nya bukan melayu tapi Islam. Jadi dia tidak masukkan hangtuah Dan rakan dlm sejarah. Perkataan takan hilang melayu di dunia itu sesiapa saja boleh cakap or tulis. Bolehlah sesiapa beri sebab yg muhasabah bahawa hang Tuah itu melayu. Tapi sy boleh bagi secara teori 5 ke 6 perkara mengatakan hang Tuah itu Cina yg dihantar oleh maharaja china utk menjaga kepentingan perniagaan Negara china di melaka yg pada masa itu adalah pelabuhan interpret.

10/27/2015 12:27 PM  
Blogger vylex gill said...

klu bangsa melayu hendak maju buangkan sifat dengki,iri dan tamak korang tu

12/29/2015 11:36 PM  
Blogger Dom Rozain said...

Bro-bro sumer... saya cuma nak mengatakan salah satu ciri ciri kelemahan bangsa yg lemah ada lah mengagung-agungkan pahlawan bangsa lain dan menafikan pahlawan sdiri..!!! ini lah bangsa melayu.
senang-senang je menafikan kewujudan pahlawan bangsa sdiri.. tetapi kalo bangsa-bangsa seperti Jepun, Mat Salleh, Cina mereka menyanjung tinggi pahlawan-pahlawan mereka.

Otak sempit, tak gheti nak berfikir. tau nye melekehkan khazanah bangsa yg dah lah sedikit.. tajamkan lah pikiran sikit bro bro sumer...

1/29/2016 6:05 PM  
Anonymous Anonymous said...

Xpayah la duk kecoh2..apa ade pada tuah...xde pon soklan dlm kubur pasal dia tu..brjuang la tuk agama.bkn bangsa..wujud ke idak tuah tu xpnting der...kita yg hidup ni teruskn hidup..dunia xkenal der sapa tu abg tuah...

3/18/2016 6:37 PM  
Blogger zrol rol said...

This comment has been removed by the author.

4/17/2016 1:08 AM  
Blogger Nur Balqis said...

Percayalah wahai bangsa melayu yg Hangtuah Dan saudara yg lain masih hidup mereka tidak mati lgi ,hnya org yg tertentu sahaja dpt menjumpenyer..

6/17/2016 2:01 AM  
Anonymous Anonymous said...

saya beraetuju dengan nur balqis

6/26/2016 2:34 PM  
Blogger Fazdriel Razin said...

histories returns to the winner

8/17/2016 11:47 AM  
Blogger Fazdriel Razin said...

histories returns to the winner

8/17/2016 11:49 AM  
Blogger myzull said...

Kelakarlah.. tak logik dr cina..dan tak logik masih hidup.. tahun ~ 1400 hingga 2016. ~ 600 thn.. ape daa..
Banyak versi cuma tak tahu yg mana ori. Mohon pihak berwajib buat pencarian.

9/07/2016 3:56 PM  
Blogger enigma said...

amin sky disebabkan kau bercerai dgn org melaka, maka kau generalizekan smua org melaka jahat? bodohnya kau ni. dulu sekolah tak bahlol?

10/06/2016 11:32 PM  
Blogger Dzulhawari Mazlan said...

Kenapa kita perlu mempertahankan dan ingin orang lain menerima pendapat kita dan akhirnya ke medan pertengkaran kerana ego, bukannya kebenaran. Sy rasa saudara saudara semua perlu mengambil data, cerita yang dikongsi dan pergi puaskan hati dengan rujukan.Dan elemen magis dan tahyul kita ketepikan supaya tidak mengaburi fakta. "HANG TUAH SEJARAH ATAU LAGENDA" itu shj soalan nya. Jawapan sy ikon politikal kesultanan Melayu Melaka bagi mentadbir keharmonian pelbagai bangsa yang menetap di melaka. Bangsa Arab ada hero, bangsa cina ada heronya, bangsa india ada heronya, jadi masakan bangsa melayu dibawah kesultanan melayu melaka yang kaya dan tersohor itu tiada heronya. Nah ambik virus ini.

Hang Tuah ialah seorang pahlawan legenda berbangsa Melayu pada masa pemerintahan Kesultanan Melaka di abad ke-15 (Kesultanan Melayu Melaka) bermula pada 1400-1511 A.D.  Menurut rekod sejarah, beliau lahir di Kampung Sungai Duyong, Melaka kira-kira dalam tahun 1444 A.D. Bapanya bernama Hang Mahmud manakala ibunya pula ialah Dang Merdu Wati. NAMA SEBENAR HANG TUAH ADALAH SYED ABDUL RAHMAN. Hang tuah masa mudanya menjadi hulubalang melaka..beliau pernah di lantik menjadi pemerintah ayuthia memakai gelaran Putra Narai...dan di lantik oleh sultan melaka selepas itu menjadi pemerintah Aceh dan memakai gelaran Iskandar Mahkota Alam dan dia bukan berbangsa cina.

12/17/2016 3:42 PM  
Blogger Dzulhawari Mazlan said...

Lawat page kami di Facebook www/facebook/pang5awang

12/17/2016 3:45 PM  
Blogger Unknown said...

Hidup pendekar melayu...

12/19/2016 9:44 AM  
Anonymous Anonymous said...

Iya ka?

2/19/2017 10:05 PM  

Post a Comment

<< Home